SSR, BEST pamer semangat kesukanan

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Pada acara berbasikal Asia Mountain Bike Series 2018 yang diadakan baru-baru ini, Pasukan Santai-Santai Rider (SSR) dan Pasukan Berbasikal Ekspedisi Sukarelawan Tutong (BEST) telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam menjayakan perlumbaan itu.

Pertandingan berbasikal itu, yang diadakan di Hutan Simpan Berakas, berlangsung selama tiga hari bermula 30 November hingga 2 Disember lepas.

Pasukan SSR dan BEST berkesudian ‘turun padang’ bagi membantu kelancaran sepanjang acara dijalankan dengan mengendalikan tugas sebagai marsyal, yang memberikan isyarat jalan serta memastikan keselamatan para peserta ketika di sepanjang perlumbaan berlangsung.

Dengan penglibatan mereka tersebut, Pasukan SSR dan BEST sekali gus memperoleh pengalaman dan tunjuk ajar yang sangat bernilai dari pengurusan pihak pengajur perlumbaan.

Anggota pasukan SSR dan BEST bergambar ramai semasa terlibat dalam satu acara berbasikal yang diadakan baru-baru ini.