Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    St Margaret rai pelajar cemerlang

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 3 JULAI – Lebih 70 orang pelajar Sekolah St Margaret, Seria telah diraikan pada Majlis Penyampaian Anugerah Pencapaian Terbaik dan Anugerah Akademik Terbaik yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah St Margaret, William Wilson Hendricks yang turut menyampaikan trofi dan anugerah kepada para pelajar yang diraikan.

    Pengetua sekolah berkenaan, Liew Yong Kim dalam ucapan alu-aluannya berkata bahawa majlis berkenaan sepatutnya diadakan pada April lalu namun ditunda hingga Julai disebabkan pandemik global.

    “Majlis ini adalah mengenai mengiktiraf pelbagai pencapaian yang dibuat oleh pelajar-pelajar kita dan saya gembira dan berbesar hati untuk mengiktiraf prestasi luar biasa mereka hari ini,” tambahnya.

    Beliau kemudian mengetengahkan pelbagai pencapaian yang dicatat oleh pelajar sepanjang tahun akademik sebelumnya, yang termasuk seorang pelajar menerima pencapaian Penilaian Sekolah Rendah (PSR) istimewa daripada Kementerian Pendidikan.

    Antara anugerah yang disampaikan pada majlis itu ialah Terbaik Keseluruhan, Prestasi Cemerlang, Prestasi Luar Biasa, Markah Tertinggi dalam Subjek O Level Individu, Usaha Terbaik serta Gred A dalam lima subjek bagi pelajar PSR.

    Di samping itu, lima anugerah khas juga disampaikan kepada pelajar terbaik dari Tahun 11, 8, 6 dan 3 serta kindergarten.

    William Wilson Hendricks menyampaikan anugerah khas kepada salah seorang murid tadika pada majlis yang berlangsung di dewan serba guna Sekolah St Margaret.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...