St Margaret, St Andrew menang pertandingan mereka tanglung

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Sekolah St Margaret telah diumumkan sebagai pemenang pertama bagi Kategori Sekolah Rendah dalam Pertandingan Mereka Tanglung semasa Pesta Pengguna ke-24 anjuran D’Sunlit Sdn Bhd bulan lalu.

Sekolah St Andrew pula telah dinobatkan sebagai johan bagi Kategori Sekolah Menengah sekali gus membawa pulang hadiah berupa hamper bernilai $120.

Hadir menyempurnakan hadiah kepada para pemenang ialah Eksekutif Pemasaran Kanan D’Sunlit Sdn Bhd, Lee Kah Seng.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pejabat D’Sunlit Sdn Bhd itu kemudian diakhiri dengan acara bergambar ramai bersama para pemenang dan warga D’Sunlin Sdn Bhd.

Lee Kah Seng ketika menyampaikan hadiah kepada perwakilan Sekolah Rendah St Margaret baru-baru ini.