Stadium Al Bayt venue perlawanan pembukaan Piala Dunia Qatar

DOHA, 16 JULAI – Qatar akan memulakan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt di Al Khor, penganjur mengumumkan semalam, ketika mereka mendedahkan jadual untuk perlawanan akhir.

Dalam satu kenyataan bersama, FIFA dan badan Jawatankuasa Tertinggi Qatar mengatakan bahawa negara Teluk yang kaya dengan minyak itu akan memulakan Piala Dunia di stadium berkapasiti 60,000 itu pada 21 November.

Final akan diadakan di Stadium Lusail dengan 80,000 tempat duduk di Doha sebulan kemudian pada 18 Disember.

Perlawanan pembukaan bermula dari peringkat kumpulan yang akan menampilkan empat perlawanan dalam sehari selama 12 hari, di lapan stadium di sekitar Qatar.

Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula setiap selang tiga jam, bermula pada pukul satu petang waktu tempatan, dengan perlawanan lewat dimulakan pada jam 10 malam waktu tempatan.

Gambar fail pada 17 Disember lalu menunjukkan pemandangan luaran Stadium al-Bayt baharu di Doha, Qatar, yang akan menjadi tuan rumah perlawanan Piala Dunia FIFA 2022. – AFP

Kemudian perlawanan akan diteruskan ke peringkat 16 akhir, dengan dua perlawanan dalam sehari berselang dua hari untuk waktu berehat dan permulaan perlawanan suku akhir dan separuh akhir, yang mana kedua-duanya akan dijarakkan selang dua hari.

Kelayakan untuk Piala Dunia telah bermula di Asia dan Afrika tetapi belum bermula di Eropah, Amerika dan Oceania.

Penganjur mengatakan semalam bahawa undian untuk perlawanan akhir akan dibuat selepas jendela jadual perlawanan kelayakan antarabangsa pada Mac 2022.

Kedua-dua Stadium Al Bayt dan Lusail masih dalam pembinaan, walaupun Stadium Al Bayt yang terbentuk seperti khemah tradisional yang digunakan oleh orang-orang nomad di wilayah Teluk hampir selesai, menurut penganjur Piala Dunia.

Minggu lalu kumpulan hak asasi Amnesty International mendakwa bahawa sekitar seratus pekerja migran di Stadium Al-Bayt, yang terletak 50 kilometer di utara Doha, belum menerima gaji yang tertunggak sepenuhnya setelah tidak dibayar sehingga tujuh bulan.

Awal bulan ini beberapa sumber memberitahu AFP bahawa penganjur Piala Dunia akan memberhentikan kakitangan yang tidak didedahkan kerana Qatar mengurangkan kos perbelanjaannya di tengah kemerosotan ekonomi akibat COVID-19.

Qatar mempunyai salah satu kadar jangkitan per kapita tertinggi di dunia. –AFP