Stadium Gladbach akan dipenuhi ‘peminat’

MONCHENGLADBACH, 22 MEI – Hampir 13,000 kadbod yang dipotong penyokong Borussia Moenchengladbach bersedia untuk mengalu-alukan pasukan mereka untuk perlawanan Sabtu nanti menentang Beyer Leverkusen dalam stadium yang tertutup.

Gladbach menjadi tuan rumah pertama perlawanan Bundesliga yang dilangsungkan tanpa kehadiran peminat pada 11 Mac, sejurus sebelum musim Bundesliga digantungkan kerana penularan pandemik.

Salah sebuah kumpulan peminat kelab, ‘Fanprojekt Moenchengladbach’, kemudian muncul dengan idea untuk membenarkan peminat mencetak gambar seukuran manusia untuk diletakkan di kawasan tempat duduk peminat.

Kadbod-kadbod beratur di stadium daripada pemegang tiket semusim yang boleh meletakkan kadbod menyerupai mereka di tempat duduk yang mereka biasa duduki.

“Kami menyusun hampir 13,000 potongan kadbod, tetapi hampir 20,000 telah ditempah,” kata Thomas Ludwig, ketua kumpulan peminat, memberitahu anak buat syarikat AFP, SID.

“Ia adalah operasi yang baik, yang menghasilkan atmosfera di dalam stadium,” kata pengarah sukan Gladbach, Max Eberl. “Walaupun jika pada masa yang sama mengingatkan kita bahawa perlawanan tanpa peminat adalah tidak sama.

“Ia adalah hebat. Kami sangat kagum apabila kami tidak berseorangan ketika kami berlatih di stadium,” tambah jurulatih Gladbach, Marco Rose.

Gladbach menduduki tempat ketiga dan enam mata di belakang pendahulu liga Bayern Munich. Mereka menang 3-1 di Eintracht Frankfurt minggu lalu ketika Bundesliga disambung semula selepas dua bulan digantung. – AFP