Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart lancar kempen pinjaman peribadi baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Bank Standard Chartered (StanChart) baru-baru ini telah melancarkan kempen pinjaman peribadi baharu yang direka untuk menyediakan fleksibiliti dan nilai kewangan yang lebih besar untuk pelanggan.

    Kempen yang berlangsung sehingga 30 April itu menawarkan dua kadar faedah yang fleksibel berikutan jumlah nilai gabungan yang diluluskan dan terpakai kepada semua jenis pinjaman peribadi, termasuk pinjaman semula dan pemindahan baki dari institusi-institusi kewangan lain.

    Selain itu, para pelanggan juga akan menikmati kadar faedah 5.5 peratus EIR dan rebat tunai sebanyak 1 peratus daripada pinjaman peribadi mereka yang diluluskan jika jumlah nilai gabungan mereka yang digunakan semasa tempoh promosi adalah sekurang-kurangnya $50,000.

    Manakala pelanggan yang memohon di bawah $50,000 pula akan menikmati kadar faedah sebanyak 6 peratus EIR.

    Selain itu, para pelanggan yang memohon kad kredit baharu bersama-sama dengan permohonan pinjaman peribadi mereka, akan layak mendapat pengecualian yuran tahunan berterusan untuk kad kredit setelah permohonan tersebut diluluskan.

    Ketua Produk Runcit dan Digital, Dayang Aisah Razali berkata, “Kami memahami bahawa fleksibiliti dan kebolehcapaian kewangan adalah penting, terutama dalam persekitaran berkembang pesat hari ini.

    “Sama ada pelanggan ingin menggabungkan hutang, membiayai peristiwa kehidupan yang penting atau menguruskan perbelanjaan yang tidak dijangka, kempen ini telah disesuaikan dengan teliti untuk membantu pelanggan kami mencapai keperluan dan aspirasi unik mereka,” tambahnya.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda