Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    StanChart sambut Hari Kesihatan Mental Sedunia

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Bersempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang diraikan setiap 10 Oktober, Bank Standard Chartered (StanChart) mengungkayahkan siri perkongsian dan aktiviti dinamakan Wellness 10/10, hari ini, dengan memfokuskan kepada mental, fizikal, sosial dan kesejahteraan kewangan.

    Menurut kenyataan daripada StanChart, siri perkongsian dan aktiviti yang bertujuan untuk menghapuskan stigma dan meningkatkan kesedaran kesihatan mental itu telah dimulai dengan sesi perbincangan mengenai kepentingan pendidikan dan kesedaran untuk mengurangkan prasangka yang berkaitan dengan kesihatan mental.

    Siri perkongsian berkenaan telah disampaikan oleh tiga orang panel jemputan terdiri daripada pakar bersekutu dengan sub-kepakaran dalam psikiatri kanak-kanak dan remaja, Dr Shaheen Zinna binti Dato Paduka Dr Haji Shaukat Zinna; Pakar Psikologi Kaunseling dan Pengarah Clarity Sdn Bhd, Todd McPherson; dan Pakar Psikologi Komuniti di Kementerian Kesihatan, Dayang Fauziyyah Manap.

    Ketua Hal Ehwal Korporat, Jenama dan Pemasaran StanChart, Marilyn Graeme berkata, “Kami komited untuk melengkapkan tenaga kerja kami dengan kemahiran dan sokongan untuk merealisasikan potensi mereka dan memacu kemakmuran melalui kewangan, sosial, mental, fizikal dan kesejahteraan fizikal,” tambahnya.

    Sehubungan itu, untuk menggalakkan kesejahteraan mental dan ke arah gaya hidup sihat, StanChart akan melancarkan semula perkhidmatan penstriman digelar ‘LVL’ di mana para pekerja diberikan akses kepada pelbagai permintaan dan interaksi langsung seperti yoga dan meditasi untuk melepaskan ketegangan dan kebimbangan, pemeriksaan emosi melalui seni dan pelbagai aktiviti lain yang boleh mereka sertai mengikuti masa masing-masing. Selain itu, pekerja juga mendapat manfaat daripada akses percuma kepada kaunselor Clarity Sdn Bhd sehingga enam kali setahun untuk semua masalah kesihatan atau hal peribadi.

    Ahli-ahli panel semasa siri perkongsian anjuran StanChart sempena Sam-butan Hari Kesihatan Mental Sedunia. – Gambar serahan StanChart
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...