BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Bank Standard Chartered (StanChart) kini menawarkan promosi kadar faedah istimewa bagi pinjaman peribadi, yang akan berjalan sehingga penghujung Jun depan.
StanChart dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa pelanggan yang memohon bagi pinjaman peribadi bersama bank berkenaan akan mendapat penjimatan dengan kadar faedah efektif yang menarik (EIR) dan diskaun 75 peratus bagi bayaran pemprosesan.
Promosi berkenaan hanya bagi jumlah pinjaman minimum yang diluluskan dengan tenor minimum dua tahun dan layak bagi semua jenis pinjaman peribadi termasuk pinjaman semula dan pemindahan baki dari institusi-institusi kewangan lain.
Selain itu, tambah kenyataan, 100 pelanggan pertama yang memohon bagi pinjaman peribadi semasa tempoh promosi akan layak menerima baucar hadiah sebaik pengesahan permohonan pinjaman.