StanChart tawar kadar faedah menarik

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Bank Standard Chartered (StanChart) kini sedang menawarkan kadar faedah istimewa untuk pinjaman peribadi dengan promosi akan berjalan sehingga penghujung Disember depan.

StanChart dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menjelaskan bahawa pelanggan yang memohon pinjaman peribadi dengan bank berkenaan dapat membuat pilihan pinjaman fleksibel iaitu sama ada kadar faedah efektif (EIR) pada 5.25 peratus dengan diskaun pemprosesan atau pempro-sesan pinjaman secara percuma bagi EIR pada 5.9 peratus dengan rebat tunai 2 peratus.

Untuk memanfaatkan tawaran ini, kenyataan menyatakan, terdapat jumlah pinjaman minimum yang diluluskan dengan jangka masa minimum dua tahun dan boleh digunakan untuk semua jenis pinjaman peribadi.

Ketua Produk Runcit dan Perbankan Digital, Jacky Teo dipetik berkata, “Kami menawarkan pinjaman peribadi dengan pilihan kadar faedah rendah dengan rebat tunai atau kadar faedah yang lebih rendah kerana kami tahu pelanggan yang berbeza mempunyai keperluan dan pilihan yang berbeza”.