Monday, March 27, 2023
28.8 C
Brunei

-

StanChart tawar pinjaman bertempoh hartanah

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Sehingga penghujung Disember depan, Bank Standard Chartered (StanChart) menawarkan penyelesaian pinjaman bertempoh hartanah untuk pelanggan perbankan perniagaannya yang ingin membeli hartanah baharu atau membiayai semula hartanah sedia ada untuk tujuan perniagaan.

StanChart dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menjelaskan bahawa pelanggan layak menerima tawaran berkenaan apabila mereka memohon pinjaman bertempoh hartanah baharu dengan tempoh dan jumlah pinjaman minimum ditetapkan.

Pelanggan boleh memilih daripada tiga pakej tawaran mengikut keperluan kewangan mereka.

Ketua Perbankan Pengguna, Swasta dan Perniagaan StanChart, Jocelane Basir dipetik berkata, “Kami memahami keperluan untuk penyelesaian pembiayaan yang fleksibel untuk pelanggan perniagaan kami yang ingin membesarkan dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Memandangkan setiap pelanggan dan perniagaan adalah unik, begitu juga keutamaan perniagaan dan keperluan kewangan mereka dan kami berhasrat untuk menyediakan penyelesaian yang disesuaikan bagi pelanggan kami untuk membolehkan mereka mencapai keutamaan perniagaan mereka,” tambahnya.

Artikel sebelum iniRabu, 23 Mac 2022
Artikel seterusnyaKeluh kesah pelarian Ukraine
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -