StanChart tawar promosi Hari Raya

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, Standard Chartered (StanChart) menawarkan lebih banyak nilai faedah kepada pemegang kad StanChart Hua Ho Mastercard Platinum.

Menurut kenyataan yang diberikan, bermula esok hingga penghujung Jun depan, pemegang kad berkenaan yang membelanjakan jumlah minimum dalam satu resit di Pasar Raya Hua Ho cawangan Manggis Mall, Sengkurong dan Tanjung Bunut akan berpeluang memenangi perbelanjaan membeli-belah bernilai $1,000 untuk tiga pemenang atau menjadi salah seorang daripada 100 pelanggan pertama yang menerima penghapusan bil $50.

Selain itu, pemegang kad juga boleh menyertai cabutan bertuah di Hua Ho Manggis Mall dan Tanjung Bunut dengan pembelian minimum dalam satu resit. Pelanggan Hua Ho Sengkurong yang layak menyertai cabutan bertuah boleh menebus lucky dip mereka di Hua Ho Manggis Mall atau Tanjung Bunut dengan menunjukkan resit pembelian mereka.

Manakala itu, pelanggan yang ingin memohon bagi kad berkenaan semasa tempoh kempen boleh menikmati promosi apabila mereka memenuhi syarat perbelanjaan minimum serta dikecualikan membayar yuran tahunan selama empat tahun apabila mereka memohon dalam tempoh promosi.