Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    StanChart yakin jadi bank paling mampan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Kemampanan berada di hadapan pemikiran semua pada masa ini dan Standard Chartered (StanChart) amat komited menekankan pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan menerusi komuniti, operasi dan perniagaannya.

    Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank StanChart, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim dalam kata alu-aluannya semasa Seminar Kewangan Mampan yang berlangsung di The Empire Brunei, Jerudong, hari ini.

    Beliau menambah bahawa mereka amat yakin dapat menjadi bank yang paling bertanggungjawab dan mampan dengan diterajui oleh komitmennya kepada kemampanan di mana termaktub nilai-nilai dalam semua aspek kehidupan.

    Menyentuh mengenai seminar itu, Pengiran Aki Ismasufian menyatakan bahawa pihaknya percaya menerusi perkongsian pandangan melalui platform yang tersedia, ia adalah amat penting bagi pihak yang berkepentingan dan kliennya untuk membantu membimbing dan membuat keputusan yang terbaik bagi peniagaan mereka.

    Pada seminar itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kluster Indonesia dan Pasaran ASEAN, Andrew Chia dalam kata alu-aluannya menyatakan, isu kemampanan dan perubahan iklim memainkan peranan yang amat penting dalam menerajui usaha pembangunan masa hadapan di mana semua pihak harus bekerjasama untuk menangani isu berkenaan serta menjana perubahan yang positif bagi bukan sahaja rantau ini tetapi juga secara global.

    Dalam hubungan itu, beliau mengongsi matlamat bank berkenaan untuk mencapai Net Zero dalam semua operasinya menjelang 2025 serta mencapai Net Zero dalam semua pengeluaran kewangannya menjelang 2050.

    Ke arah itu, pihaknya akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dalam kerajaan dan perniagaan mencapai masa hadapan yang lebih baik dan hijau.

    Seminar itu mengetengahkan perkongsian dan pembentangan daripada StanChart termasuk Naib Pengerusi, Pesuruhjaya Presiden dan ASEAN, Indonesia, Bank StanChart, Rino Donosepoetro yang mengongsikan mengenai keupayaan Bank StanChart bagi kewangan mampan; Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Kawal Selia dan Awam Kumpulan, Ludovic Coll yang mengongsikan mengenai rangka kerja dan dasar-dasar kawal seliaan kewangan mampan; serta Pengarah, Asia Tenggara dan ASEAN Kewangan Mampan, Justin Ma yang mengongsikan mengenai perkhidmatan dan produk kewangan mampan StanChart.

    Pengiran Aki Ismasufian semasa menyampaikan kata alu-aluannya pada Seminar Kewangan Mampan yang berlangsung di The Empire Brunei, Jerudong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...