BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Bank Standard Chartered telah menubuhkan Program Bantuan Pekerja yang direka untuk membantu rakan-rakan sekerja dan keluarga mereka menguruskan tekanan emosi dalam kehidupan harian mereka.
Bank berkenaan dan Clarity Sdn Bhd bekerja-sama untuk menyediakan khidmat konsultasi profesional dan sokongan berahsia. Menerusi program itu, kakitangan bank akan diberikan akses berahsia dan berbilang bahasa kepada konsultan-konsultan berkelayakan bagi semua keperluan mereka, jelas Standard Chartered dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Baru-baru ini, tambah kenyataan, bank berkenaan telah menganjurkan taklimat bagi kakitangannya untuk membantu mereka memahami mengenai program berkenaan dan manfaatnya.
Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Clarity Sdn Bhd, Todd McPherson.































