Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Standard Chartered Securities lancar dana amanah saham baharu

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Standard Chartered Securities telah melancarkan dana amanah saham baharu yang bukan sahaja patuh syariah tetapi juga memfokuskan kepada ESG menerusi RHB i-Global Sustainable Disruptors Fund menjadikannya dana ketiga yang ditambah kepada rangkaian tawaran pelaburan Islam SC Securities.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Standard Chartered (StanChart) Brunei Darussalam, hari ini, falsafah pelaburan RHB i-Global Sustainable Disruptors Fund berdasarkan kepada kepercayaan untuk mencatat pertumbuhan pendapatan jangka panjang dan kemungkinan pertumbuhan pendapatan dengan melabur dalam syarikat berkualiti dan mampan yang berpotensi menawarkan pertumbuhan jangka panjang yang menarik dan mampan.

    Dalam pada itu, dana ini mempunyai proses pelaburan bersepadu ESG sepenuhnya dengan portfolionya diberi pengiktirafan ‘A’ berdasarkan Skim Penilaian ESG MSCI dan ia juga mempunyai kelebihan maklumat de-ngan memanfaatkan cerapan organisasi J.P. Morgan Equity, sebuah institusi kewangan Amerika Syarikat yang terkemuka.

    Kenyataan turut menyatakan, dana ini melabur dalam pertumbuhan struktur jangka panjang dan ia merupakan pilihan yang sesuai untuk pelabur mencari dana yang mematuhi ESG atau syariah.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Securities, Brenda Low, “Sejak Standard Chartered Securities melancarkan pelaburan Islam buat julung kalinya pada April tahun lepas yang menawarkan pelaburan patuh syariah, kami terus mengembangkan pelbagai tawaran produk untuk para pelanggan yang ingin melabur selaras dengan kepercayaan dan nilai mereka.

    “Tawaran dana terbaharu ini, bukan sahaja patuh syariah tetapi juga memfokus kepada ESG. Ramai pelabur beranggapan bahawa pelaburan patuh syariah terhad kepada orang Islam sahaja tetapi sebenarnya pelaburan sedemikian boleh memberi manfaat kepada mana-mana pelabur melalui kepelbagaian dan bagi mereka yang ingin membuat perubahan dalam kemapanan dengan pelaburan mereka,” jelasnya.

    Sehubungan itu, bermula sekarang sehingga akhir Julai nanti, Standard Chartered Securities akan menawarkan caj jualan lebih rendah untuk semua pelaburan Islam.

    Bakal pelabur dikehendaki melengkapkan penilaian profil risiko pelanggan untuk memastikan pelanggan memahami risiko sebelum mengambil sebarang produk kekayaan.

    Bagi pelabur yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan pelaburan boleh mengunjungi StanChart cawangan Gadong dan Kuala Belait untuk bertemu dengan mana-mana pengurus perhubungan atau perunding kekayaan berlesen.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...