Oleh Pg Fairol RMF dan Hajah Saemah Kepli
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Seramai 195 pelajar telah terpilih bagi mengikuti Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) pengambilan ke-21 sesi 2018 hingga 2019 yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam dalam usahanya bagi melahirkan remaja yang berpotensi dalam bidang pembacaan Al-Quran secara bertarannum.
Daripada jumlah tersebut, seramai 156 orang pelajar telah dicatatkan di Daerah Brunei dan Muara, lapan orang pelajar di Daerah Tutong, 12 orang pelajar di Daerah Belait dan Daerah Temburong mencatatkan seramai 19 orang pelajar.