Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Starbucks Brunei perkenalkan produk baru

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Starbucks Brunei, baru-baru ini, telah memperkenalkan produk terbarunya ‘Golden Sesame Caramel Crunch Latte’ dan ‘Salted Caramel Mocha Crumble’.

    Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays, dipetik sebagai berkata, espreso premium yang mereka tawarkan itu dibuat sendiri dengan teliti dan mendapat inspirasi daripada musim perayaan ini.

    “Kami secara berterusan mengambil inspirasi daripada musim-musim, budaya dan tradisi untuk menghasilkan minuman lazat untuk menggembirakan pelanggan-pelanggan kami dalam cara baru. Dengan barisan Espresso Confections, kami berhasrat untuk memberikan pelanggan kami satu lagi cara untuk meraikan,” tambah beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan Starbucks Brunei.

    Menurut kenyataan itu, minuman berkenaan diinspirasikan daripada konfeksi halwa dengan perisa yang hanya terdapat dalam kotak coklat terbaik, tetapi hanya disempurnakan lagi oleh ‘barista’ Starbucks.

    Golden Sesame Caramel Crunch Latte dan Salted Caramel Mocha Crumble kini boleh didapati di Starbucks Brunei.
    Golden Sesame Caramel Crunch Latte dan Salted Caramel Mocha Crumble kini boleh didapati di Starbucks Brunei.

    Golden Sesame Caramel Crunch Latte diilhamkan daripada rasa bijan yang digemari di Asia, menggabungkan susu dengan sos bijan pekat untuk menghasilkan latte baru penuh rasa untuk musim sejuk dan ditambah dengan krim putar, karamel dan taburan bijan yang rangup.

    Sementara itu, Salted Caramel Mocha Crumble pula menggabungkan sos mocha dan sirap kacang tofi dengan espreso dan susu, manakala itu di atasnya pula diletakkan krim putar, karamel, topping Starbucks Sea Salt dan sedikit brownie coklat.

    Kedua-dua minuman berkenaan terdapat sama ada secara panas, sejuk atau Frappuccino, menurut kenyataan itu lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda