Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Starbucks lancar perpustakaan mini di Luagan Dudok

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 3 Mei – Bersempena bulan Perkhidmatan Global Starbucks, Starbucks Brunei telah melancarkan perpustakaan mini di Dewan Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok buat masyarakat dan penduduk Kampung Luagan Dudok, pagi tadi.

    Bersempena dengan bulan perkhidmatan global tersebut, Starbucks melalui cawangannya di Brunei telah memilih Kampung Luagan Dudok tempat untuk mengeratkan silaturahim bersama penduduk kampung dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selain menjalankan perniagaan.

    Menurut kenyataan yang diberikan, lebih 900 buah buku telah didermakan dan disimpan di perpustakaan mini berkenaan bagi rujukan orang ramai khususnya penduduk Kampung Luagan Dudok dan seterusnya memberikan manfaat kepada kanak-kanak dan remaja di kampung tersebut terutamanya selepas waktu persekolahan dan musim cuti persekolahan.

    Hadir bagi menyerahkan perpustakaan mini tersebut ialah Pengurus Operasi Serantau Starbucks cawangan Brunei, Sabah dan Sarawak, Nur Jasfalynda.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Luagan Dudok, Awang Johari bin Haji Maidin bersama pegawai-pegawai dan kakitangan dari Pejabat Daerah Tutong.

    Masyarakat dan penduduk Kampung Luagan Dudok yang mendapat kemudahan perpustakaan mini baru di Dewan Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok.
    Masyarakat dan penduduk Kampung Luagan Dudok yang mendapat kemudahan perpustakaan mini baru di Dewan Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda