Starbucks naik gaji pekerja

NEW YORK, 20 NOV – Starbucks akan menambah gaji sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus untuk pelayan dan kakitangan kafe lain di Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap syarikat semalam.

Kenaikan itu, berkuat kuasa mulai 14 Disember, memberi faedah kepada pelayan dan penyelia syif yang sudah bekerja untuk syarikat pada atau sebelum 14 September. Kakitangan yang telah bekerja di syarikat selama sekurang-kurangnya tiga tahun akan menerima kenaikan 11 peratus, kata jurucakap.

Starbucks pertama memberitahu pekerja tentang kenaikan gaji pada 2 November, sejurus sebelum pemilihan bakal presiden Joe Biden, yang berjanji semasa kempen akan menambah gaji minimum persekutuan kepada AS$15 sejam daripada AS$7.25 sejam.

Beberapa negeri, termasuk New York, California dan Maryland, telah pun menambah gaji minimum kepada AS$15 sejam. – AFP