Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Starbucks perkenal minuman terbaru

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Starbucks Brunei telah memperkenalkan minuman terbarunya iaitu ‘Teh Starbucks Chamomile dengan Anggur Kyoho dan Aloe’ dan ‘Matcha dengan Lemon Yuzu’.

    Minuman sejuk yang menyegarkan ini dihasilkan daripada Teh Teavana dan campuran Botani bersama bahan-bahan premium.

    Teh Starbucks Chamomile dengan anggur Kyoto dan Aloe dicampurkan dengan madu, anggur putih dan kubus aloe untuk rasa yang sejuk dan manis, tambahan lagi dengan anggur paling popular di Jepun iaitu anggur Kyoho.

    Starbucks ‘Teavana Frozen Matcha Lemon Yuzu’ pula adalah daripada Matcha dan Yuzu yang menyegarkan, diwarnakan dengan buih halia dan lemon dengan aroma Yuzu untuk menyeimbangkan rasa sepadan dan aroma menyegarkan. Minuman ini sesuai bagi kenikmatan semasa hari panas.

    “Kami ingin pelanggan kami merasakan teh seperti yang tidak pernah mereka bayangkan. Pada tahun ini, Starbucks mengambil inovasi dalam rasa dan tekstur ke peringkat seterusnya dengan menghasilkan ‘Teh Frozen’ untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat,” kata Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam dan Strategi Digital Starbucks Malaysia dan Brunei, Salleharon Ahmad.

    Katanya lagi, “Kedai kami sentiasa dibuka untuk masyarakat di seluruh Brunei. Kami menjemput para pelanggan kami untuk meluangkan masa bersama yang tersayang sambil menikmati secawan kopi.

    “Barista kami sedia untuk membantu menikmati minuman semasa perjumpaan dengan keluarga atau rakan dengan menyediakan minuman yang terbaik dan sempurna,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda