Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Starbucks pertama di Itali

    MILAN – Adakah negara yang memberikan kita espreso menerima syarikat yang mengeluarkan Grande Frappucinos?

    Persoalan itu akan terjawab apabila syarikat terbesar dunia, Starbucks membuka kedai pertamanya di Itali baru-baru ini. Kebanyakan penduduk Milan, bandar yang terbesar menerima pengaruh kopi Starbucks sedekad yang lalu telah menerima berita itu dan hanya mengangkat bahu mereka tanpa memberikan jawapan yang konkrit.

    “Saya telah merasakan pelbagai jenis kopi Starbucks namun saya masih menggemari kopi Itali,” kata salah seorang penduduk Milan, Giulia Brighenti sambil mengikis sisa buah yang terdapat dalam minuman espresonya di sebuah kedai kopi yang terletak tidak jauh dari kedai terbaharu itu, Starbucks.

    Di Itali, espreso yang ditawarkan di kedai-kedai kopi merupakan salah satu minuman yang ideal dan mesti ada setiap pagi atau selepas makan tengah hari.

    Di kebanyakan kawasan kejiranan, kafe akan sentiasa berada di mana-mana sudut dan menawarkan pelbagai jenis minuman kopi yang disediakan oleh pembuat kopi yang pakar dan dipercayai.

    Pembaharuan itu antaranya ialah seperti teknik pembuatan kopi yang berbeza dan ruang minuman yang selesa serta menakjubkan di mana para pelanggan boleh duduk lama, berehat dan menikmati minuman kopi mereka. – AP
    Ketua pegawai reka bentuk Starbucks, Liz Muller ketika ditemu bual media. – AP
    Cawangan terbaharu Starbucks itu terletak di bekas bangunan pejabat pos yang besar berdekatan dengan Duomo dan dihiasi dengan jubin marmar yang berkilat serta bau kopi yang harum. – AP

    Situasi itu memberikan satu cabaran bagi Starbucks yang berharap orang ramai khususnya penduduk Milan untuk menikmati dan meminum kopi yang lebih mahal.

    Memproses biji kopi

    Syarikat terbesar dunia itu mempunyai lebih dari 28,000 buah kedai di seluruh dunia, tetapi cawangan yang terbaharu di Itali merupakan cawangan yang ketiga syarikat itu yang turut menempatkan pemprosesan biji kopi.

    Cawangan yang lain terletak di Seattle, di mana syarikat itu berpangkalan dan begitu juga di Shanghai, China.

    Cawangan terbaharu Starbucks itu terletak di bekas bangunan pejabat pos yang besar berdekatan dengan Duomo dan dihiasi dengan jubin marmar yang berkilat serta bau kopi yang harum dan segar malah kedai kopi itu turut menempatkan mesin pemprosesan kopi yang canggih dan moden.

    Mesin berkilat yang mempunyai ketinggian sekitar 6.5 meter itu merupakan mesin pemprosesan biji kopi di mana para pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana kopi dihasilkan dan apa yang penting, tidak ada tawaran Frappucino dalam menu-menu mereka.

    Pelbagai menu dan tawaran

    Syarikat tersebut turut menawarkan minuman koktail bagi menarik lagi lebih ramai pengunjung. Kebanyakan pekerja di Milan, bandar raya fesyen Itali menghargai akan tradisi menjumpai rakan atau rakan pejabat sambil meminum minuman koktail sebelum makan malam di kafe-kafe.

    “Syarikat tersebut tidak datang ke Itali untuk mengajar orang ramai khususnya penduduk Itali tentang kopi kerana di sinilah kopi itu dilahirkan,” kata ketua pegawai reka bentuk Starbucks, Liz Muller kepada media.

    Sebaliknya, Starbucks berkeinginan membawa satu pengalaman yang baharu dan berbeza dengan apa yang selalu digunakan oleh penduduk Itali.

    Pembaharuan itu antaranya ialah seperti teknik pembuatan kopi yang berbeza dan ruang minuman yang selesa serta menakjubkan di mana para pelanggan boleh duduk lama, berehat dan menikmati minuman kopi mereka.

    “Starbucks telah membuka kedainya yang pertama di London selepas 20 tahun yang lalu dan pertama di Eropah. Syarikat ini turut menggambarkan Milan sebagai permata mahkota rangkaian global Starbucks dan merancang untuk membuka lebih banyak cawangannya di Milan pada akhir tahun ini,” tambah Muller kepada media.

    Seperti Brighenti, terdapat juga beberapa orang penduduk yang menggemari espreso berasa skeptikal terhadap cawangan terbaharu Starbucks itu.

    “Saya fikir kopi Itali klasik yang terbaik,” kata Gianluigi Manursardi.

    “Saya sering memilih menu ini jika berada di luar negara kerana ia sudah terkenal,” tambahnya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda