WASHINGTON, 25 MEI – Kapsul Starliner milik syarikat Boeing sudah bersedia untuk pulang ke bumi hari ini dalam langkah terakhir bagi ujian penerbangan penting untuk membuktikan ia mampu memberikan pengangkutan kepada angkasawan NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Kapal angkasa itu dijadualkan keluar dok pada 2:36pm (1836GMT) dan mendarat di New Mexico selepas beberapa jam kemudian, pada 2249GMT, menamatkan misi selama enam hari yang penting untuk mengembalikan semula reputasi Boeing selepas mengalami kegagalan sebelum ini.
Orbital Flight Test-2 (OFT-2) adalah halangan terakhir bagi Starliner untuk diselesaikan sebelum ia membawa kru untuk satu lagi ujian penerbangan yang boleh dilancarkan pada penghujung tahun ini.
Starliner bergabung dengan ISS pada Jumaat, sehari selepas berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.
Sepanjang hujung minggu, angkasawan tinggal di luar platform penyelidikan membuka lubang geledek dan ‘mengalu-alukan’ satu-satunya penumpang kapsul iaitu Rosie The Rocketeer, patung yang dilengkapi sensor untuk memahami apa yang akan alami oleh kru sebenar sepanjang perjalanan.
Misi tersebut tidak terlepas daripada sebarang halangan. Ini termasuk masalah pendorongan kapal pada awal perjalanan Starliner.
Boeing dan NASA cuba untuk melancarkan Starliner pada Ogos 2021, tetapi kapsul ditarik semula daripada pad pelancaran bagi menyelesaikan masalah injap tersekat yang tidak dapat dibuka dan ia terpaksa dihantar semula ke kilang untuk dibaiki.
NASA kini cuba memperakukan Starliner sebagai perkhidmatan ‘teksi’ kedua untuk angkasawannya ke stesen angkasa – peranan yang ditawarkan oleh SpaceX sejak berjaya dalam misi ujian bagi kapsul Dragon pada 2020. – AFP