Start-Up naikkan nama Kim Seon Ho

Setelah 12 tahun berada dalam industri, akhirnya pelakon Kim Seon Ho berjaya meraih populariti secara mendadak selepas membintangi drama Start-Up.

Malah, lakonan Kim Seon Ho itu mendapat sambutan sehinggakan peminat berkongsi banyak foto-fotonya di laman sosial. Rata-rata penonton memuji lakonan Kim Seon Ho sebagai Han Ji Pyeong biarpun hanya memegang watak sampingan dalam drama tersebut.

“Terima kasih kerana membintangi Start-Up dan menjadi lebih luar biasa. Saya mula menonton Start-Up kerana anda,” komen warganet di laman sosial.

Drama tersebut kini masih ditayangkan di Netflix sejak 17 Oktober lalu.

Nama Kim Seon Ho mula menjadi sebutan selepas dia membuat kemunculan dalam rancangan realiti iaitu 1 Night, 2 Days musim keempat pada Disember tahun lalu. – Agensi

Kim Seon Ho memegang watak sampingan sebagai Han Ji Pyeong dalam drama Start-Up. – Agensi