Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Status kecemasan COVID dibincangkan

GENEVA, 27 JAN – Jawatankuasa kecemasan bagi COVID Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengadakan mesyuarat untuk membincangkan sama ada pandemik masih diberikan perhatian peringkat tertinggi di seluruh dunia.

Sebelum mesyuarat, ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata bahawa fasa kecemasan pandemik belum berakhir, menekankan bahawa lebih 170,000 kematian akibat virus dalam tempoh dua bulan kebelakangan.

“Sementara saya tidak akan mendahului nasihat daripada jawatankuasa kecemasan, saya tetap sangat prihatin dengan situasi di banyak negara dan jumlah kematian yang meningkat,” katanya semasa sidang media pada Selasa.

Mesyuarat kali ke-14 itu diadakan hampir tiga tahun sejak ia pertama kali diumumkan sebagai amaran kecemasan tertinggi WHO, kerana apa yang kemudiannya dipanggil sebagai koronavirus baharu yang merebak di luar China. – AFP

Gambar bertarikh 25 Januari menunjukkan seorang lelaki menerima suntikan vaksin COVID di Jakarta. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -