Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Status kehidupan bukan penghalang peroleh keputusan cemerlang

    KOTA BAHARU – Anak seorang tukang jahit berjaya memperolehi keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Nur Amieysha Zainuddin,18, yang merupakan salah seorang daripada 10 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pintu Geng berkata, kejayaan beliau itu adalah hasil kata-kata semangat yang sering diberikan oleh ibu bapanya serta para guru sepanjang masa.

    Katanya walaupun dia bukan datang daripada keluarga senang namun dia tidak pernah sesekali menjadikannya sebagai halangan untuk Berjaya dan memperolehi keputusan cemerlang.

    “Bapa saya penjawat awam, ibu saya pula siang dan malam ibu menjahit baju bagi mencari sesuap nasi sebagai menjana pendapatan tambahan keluarga demi memberikan kehidupan yang baik buat kami lima beradik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di SMK Pintu Geng.

    Berkongsi resipi kejayaan, anak bongsu dari lima beradik itu berkata dia percaya kejayaan hari ini juga adalah hasil amalan solat di awal waktu.

    “Saya percaya bila kita mengutamakan Yang Maha Esa, nescaya apa yang dihajati atau diminta oleh kita akan tertunai. Selain itu saya tidak pernah menghadiri kelas tambahan luar dan hanya fokus apa yang dipelajari di sekolah,” katanya. – Bernama

    Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng, Nur Amieysha Zainuddin (kanan) menunjukkan keputusan 9A yang diperolehinya bersama rakan sekolahnya Fadhlien Fitrieyah Fauzi yang mendapat keputusan 6A bagi kategori berkeperluan khas di sekolahnya. – Bernama
    Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng, Maizan Mohd Nor (tengah) bergambar bersama para pelajar cemerlang pada pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda