Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Status Messi masih jadi tanda tanya

    WASHINGTON, 4 OKT– Penampilan Lionel Messi bagi perlawanan MLS Inter Miami di Chicago hari ini masih menjadi tanda tanya ketika pasukan itu mengejar tempat ke separuh akhir menjelang minggu-minggu terakhir musim biasa.

    Messi, yang terlepas perlawanan seri 1-1 bersama Miami ketika mengalami kecederaan kaki, menjalani latihan kelmarin.

    “Kita akan menilai semasa latihan jika kita menghadapi sebarang risiko dan akan menilai kebolehannya untuk beraksi atau tidak,” kata jurulatih Inter Miami, Gerardo ‘Tata’ Martino.

    Martino tidak memberikan tarikh pasti untuk kemunculan pemain bintang itu dan memilih untuk kekal dengan status harian.

    Berikutan status Messi yang masih belum diketahui, Chicago Fire menawarkan kredit akaun kepada penonton yang hadir untuk perlawanan hari ini di Soldier Field.

    Walaupun kekalahan tidak akan menyingkirkan Inter Miami daripada saingan ke separuh akhir, ia tetap merupakan tamparan terhadap harapan pasukan untuk saingan ke separuh akhir menjelang hujung musim. – AFP

    Messi menyaksikan perlawanan bola MLS antara Inter Miami CF dan New York City FC dari tempat duduk di Stadium DRV PNK, Fort Lauderdale, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...