Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Status pendaftaran bot Catamaran diperiksa

    KOTA KINABALU, 29 Jan – Status pendaftaran bot jenis Catamaran, yang karam ketika membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum semalam, akan diperiksa sama ada untuk tujuan pelancongan di Sabah atau di tempat lain.

    Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata kerajaan negeri menetapkan peraturan bahawa bot itu hanya boleh membawa maksimum 12 orang termasuk kru dan tekong bagi tujuan pelancongan.

    “Bot jenis Catamaran itu mempunyai kapasiti melebihi 30 penumpang. Bagaimanapun, di Sabah, kerajaan negeri mengehadkan jumlah penumpang yang dibawa dengan bot itu untuk tujuan pelancongan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan di sini, hari ini.

    Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan memeriksa status pendaftaran bot itu sama ada didaftarkan di Sabah atau di tempat lain, yang mungkin membenarkan bot berkenaan membawa melebihi 30 penumpang.

    Dalam pada itu, katanya, Jeti Tanjung Aru sebenarnya bukan jeti yang biasa digunakan untuk melepaskan bot pelancongan ke pulau-pulau peranginan di pantai barat Sabah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda