Steiner puji pengurusan Formula Satu

PARIS, 19 JUN – Peraturan kesihatan COVID-19 untuk Formula 1 (F1) yang tertunda bagi pembukaan musim Grand Prix Austria adalah yang terbaik yang dapat mereka terus lakukan, kata ketua pasukan Haas, Guenther Steiner semalam.

Langkah-langkah kesihatan itu tidak termasuk untuk penonton dan mengehadkan jumlah kakitangan, media, pasukan keselamatan dan juga pegawai F1 bahkan peraturan itu akan dikuatkan lagi sebelum perlumbaan 5 Julai ini yang diadakan di Red Bull Ring di pergunungan Stiria.

“Kami tidak dapat melakukan lebih banyak lagi, apa yang telah dibuat adalah yang terbaik,” kata ketua pasukan dari Itali itu.

“Kami sangat gembira dengan apa yang telah dilakukan dan apa yang masih mereka kerjakan,” kata Steiner.

Orang yang bekerja di litar Grand Prix akan diminta untuk tetap berada dalam kumpulan terpilih dan semua rakan-rakan sekerja mereka akan dijaga agar dapat mematuhi protokol sekiranya berlaku wabak atau jangkitan. Sebarang ujian positif akan menyebabkan pengasingan dan pertukaran tarikh perlumbaan segera. Red Bull Ring juga akan menjadi tuan rumah perlumbaan kedua musim ini pada 12 Julai. – AFP

Perlumbaan Formula Satu yang diadakan sebelum COVID-19. Guenther Steiner memuji langkah pengurusan dalam F1 bagi menjaga kepentingan semua pihak. – AP