Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Stellantis gantung pengeluaran di Rusia

    PARIS, 19 APRIL – Pengeluar automatif Amerika Syarikat-Eropah hari ini mengumumkan penggantungan pengeluaran di kilangnya di Rusia, memetik kekurangan alat ganti dan sekatan ke atas Moscow akibat pencerobohannya di Ukraine.

    Kumpulan itu, yang ditubuhkan Januari tahun lalu apabila Fiat-Chrysler dan PSA bergabung, sudah mengumumkan pada Mac bahawa ia akan menghentikan pengimportan dan eksport ke dan dari Rusia.

    Pengeluaran bagi pasaran tempatan di kilang Kaluga di barat daya Moscow turut diperlahankan, dan syarikat berkenaan memberi amaran ia akan menggantungkan tugasan disebabkan kekurangan komponen.Kilang itu menghasilkan van Peugeot, Citroen dan Opel bagi pasaran Eropah.

    Namun, pencerobohan Rusia menyebabkan ia memindahkan penghasilan ke Hordain, di Perancis dan Luton, di England.

    “Disebabkan oleh peningkatan harian yang mendadak oleh kesukaran logistik dan sekatan, Stellantis menggantungkan operasi pengeluarannya di Kaluga bagi memastikan pematuhan penuh seluruh sekatan serta melindungi kakitangannya,” menurut syarikat dalam kenyataan.

    Kilang itu mempunyai 2,700 orang kakitangan dan telah digantung sementara atau diberikan cuti sehingga Jun. Kebanyakan kilang pengeluaran automotif menghentikan pengeluaran mereka di Rusia sejak Moscow menyerang Ukraine pada 24 Februari.

    Ratusan syarikat luar negara, dari peruncitan hingga perbankan, turut menghentikan operasi sejak peperangan bermula. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...