Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Stellantis labur AS$2.8b naik taraf kilang di Kanada

    NEW YORK, 3 MEI – Pengeluar kereta Stellantis berkata semalam ia akan melabur $3.6 bilion dolar Kanada (AS$2.8 bilion) untuk menaik taraf dua kilang pemasangan dan mengembangkan sebuah pusat penyelidikan di Kanada ketika ia mempercepat strategi elektrifikasi jangka panjangnya.

    Bergabung dengan pengumuman usaha sama kilang bateri dengan LG Energy Solution pada Mac, pelaburan baharu itu memberikan Stellantis satu pelaburan keseluruhan berjumlah $8.6 bilion dolar Kanada di Ontario.

    “Pelaburan berkenaan mengesahkan komitmen jangka panjang kami di Kanada dan melambangkan satu langkah penting ketika kami beralih kepada kenderaan sifar pelepasan yang memenuhi hasrat pelanggan kami untuk mewujudkan pergerakan inovatif, bersih, selamat dan mampu,” kata Ketua Pegawai Operasi Amerika Utara, Mark Stewart.

    Stellantis ditubuhkan pada tahun lalu dengan gabungan Fiat Chrsyler dan PSA Peugeot di Perancis dan merupakan pengeluar kereta keempat terbesar dunia.

    Strategi global jangka panjangnya adalah untuk melabur $45 bilion dolar Kanada sehingga 2025 dalam elektrifikasi dan perisian. Syarikat itu merancang menjual lima juta kenderaan elektrik menjelang 2030, dengan 50 peratus daripada jualan kereta penumpang dan trak Amerika Utara menjadi kenderaan elektrik pada 2030. Ia merancang menjual kereta penumpang elektrik sahaja di Eropah pada 2030.

    Pada Mac, Stellantis mengumumkan usaha sama dengan LG Energy Solution dari Korea Selatan untuk membina kilang bateri kenderaan elektrik di Windsor, Ontario, dan menggaji kira-kira 2,500 pekerja dari Detroit.

    Usaha sama itu merancang memperuntukkan $5 bilion dolar Kanada untuk membina kilang baharu di bandar Kanada. Ia dijangka dibuka pada awal 2024 dan mampu menghasilkan sel bateri untuk lebih 500,000 kenderaan elektrik setahun. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...