Stephen Curry cipta rekod Warriors

SAN FRANCISCO, 13 APRIL – Stephen Curry menjaringkan 53 mata untuk melepasi rekod sepanjang masa, Wilt Chamberlain semalam ketika Warriors menewaskan Denver Nuggets 116-107.

Curry yang memulakan perlawanan hanya memerlukan 19 mata untuk mengatasi rekod Chamberlain dengan 17,783 mata pada tahun 1959 dan 1965, beliau memecahkan rekod itu apabila menjaringkan 21 mata pada suku pertama perlawanan.

Pemain berusia 33 tahun itu mengangkat tangannya dalam kegembiraan untuk meraikan kejayaan itu.

“Ini hari yang istimewa,” kata Curry selepas itu. “Sekarang kami meraih kemenangan, saya dapat merasai apa yang baru saja terjadi.

“Dalam tempoh 12 tahun terakhir ini, saya mempunyai beberapa pengalaman luar biasa di sini bersama semua rakan sepasukan yang pernah bermain bersama saya, staf jurulatih, pemilik kelab, peminat kami.

Reaksi Stephen Curry semasa perlawanan Warriors menentang Denver Nuggets di Chase Center kelmarin di San Francisco, California. – AFP

“Dengan Wilt, bila-bila masa anda mendengar namanya, anda menganggap rekodnya tidak dapat dipecahkan,” kata Curry.

“Saya rasa, saya bermain enam tahun lagi di sini, tetapi ini bermakna sesuatu yang berada di puncak senarai itu.

“Saya rasa berterima kasih kerana semua orang menyokong saya yang membolehkan saya melakukan apa yang boleh saya lakukan di gelanggang.

“Saya tidak merancang untuk melambatkannya, tetapi ini merupakan satu detik istimewa yang perlu saya hargainya.”

Jurulatih Warriors, Steve Kerr mengatakan bahawa pasukan telah merasakan Curry bersedia untuk ‘malam yang besar’.

“Pasukan kami selalu memberi kepercayaan kepada Steph,” kata Kerr. – AFP