Sterling ancaman utama The Reds

LONDON, 8 NOV – Persaingan Manchester City dan Liverpool sebagai dua kuasa utama dalam Liga Perdana Inggeris menyaksikan setiap perlawanan akhir-akhir ini semakin mengujakan, termasuk pertembungan terbaharu Ahad ini.

Tiada pemain yang lebih teruja berbanding Raheem Sterling yang akan kembali ke Anfield.

Sterling mencipta nama sebagai pemain remaja pada musim 2013-14 ketika persembahan turun naik menyaksikan Liverpool gagal dalam usaha mereka menamatkan kemarau kejuaraan liga.

Dua tahun kemudian, dia meninggalkan Anfield dalam suasana kurang senang ketika Liverpool bergelut di tengah padang selain pertikaian mengenai kontraknya.

Empat setengah tahun berlalu, tiada siapa meragui siapa yang lebih beruntung hasil perjanjian £50 juta yang membawanya ke City.

Sterling semakin menyinar di bawah kendalian Pep Guardiola, menjadi tonggak utama dalam dua kempen kejuaraan City sejak dua musim lalu, manakala penantian Liverpool bagi kejuaraan liga berlanjutan kepada 30 tahun. – AFP