Sterling bakal terlepas bertemu West Ham

LONDON, 7 FEB – Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling akan terlepas pertembungan Liga Perdana Ahad ini menentang West Ham dan mungkin juga terlepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid selepas mengalami kecederaan kekejangan otot.

Sterling berjalan kesakitan semasa kekalahan Ahad lalu semasa perlawanan di Tottenham dan kelab itu mengesahkan kecederaan itu akan mengetepikan pemain antarabangsa England hujung minggu ini.

“Raheem Sterling akan terlepas permainan menentang West Ham minggu ini selepas imbasan x-ray mendedahkan dia telah mengalami kecederaan pada otot kirinya. Semua orang di City berharap Sterling pulih sepenuhnya dengan cepat,” kata City di laman sosial mereka. – AFP

Aksi Sterling ketika menjaringkan gol menentang Tottenham baru-baru ini di perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, England. – AP