Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sterling pemusnah gawang Arsenal

    MANCHESTER, 18 OKT – Jaringan Raheem Sterling membantu pasukan Pep Guardiola menewaskan pasukan kendalian Mikel Arteta dalam kemenangan 1-0 Manchester City ke atas Arsenal untuk menduduki puncak liga tiga mata di hadapan.

    Dalam perlawanan tersebut, hubungan baik antara pengurus City, Pep Guardiola dan bekas pembantunya, Arteta telah menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan lebih berhati-hati.

    Walau bagaimanapun, jaringan Sterling pada separuh masa pertama telah membangkitkan semula semangat City untuk mencabar kejuaraan selepas gagal memenangi dua dari tiga perlawanan pertama mereka pada musim ini.

    Arsenal kekal gagal memungut sebarang mata di tempat lawan ketika bertemu pasukan ‘Big Six’ dalam 28 pertemuan sejak Januari 2015.

    Meskipun bermain dengan bersemangat, fakta menyatakan mereka tewas di Anfield dan Etihad dalam lima perlawanan pertama pada kempen ini menunjukkan Arteta masih memerlukan penambahbaikan kepada Gunners untuk menjadi pasukan pencabar.

    Reaksi penyerang City, Raheem Sterling selepas menjaringkan gol tunggal ketika menentang Arsenal. – AP

    Arteta yang sebelum ini berjaya menundukkan pasukan bekas majikannya semasa pertemuan separuh akhir Piala FA pada Julai lalu dan Guardiola bertindak mengubah formasi kepada 3-5-2 semasa bertemu dengan Arsenal.

    Langkah tersebut ternyata membuahkan hasil apabila percubaan Riyad Mahrez hanya tersasar sedikit selepas permainan baru sahaja dimulakan.

    Sergio Aguero kembali beraksi untuk pasukan tuan rumah buat kali pertama sejak Jun dan bergandingan dengan Sterling di bahagian serangan.

    Dengan ketiadaan Kevin De Bruyne, tugasan kapten telah diberikan kepada Sterling dan dia mengetuai di bahagian jentera serangan dan berjaya menyambut bola dan menjaringkan gol selepas Bernd Leno hanya mampu menampan bola percubaan Phil Foden.

    Tetapi aksi meyakinkan Ederson telah memberikan kelebihan kepada City sebelum separuh masa pertama berakhir dengan beberapa aksi menyelamat selepas pertahanan City sekali lagi nampak goyah.

    Bukayo Saka menjadi tunjang utama serangan Arsenal dan pemain berusia 19 tahun itu menyaksikan percubaannya berjaya dihalang oleh Ederson selepas gerakan satu-dua yang cantik dengan Pierre-Emerick Aubameyang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda