Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Stesen Minyak Batang Duri mula beroperasi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TEMBURONG 23 SEPT – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) memaklumkan orang ramai bahawa Stesen Minyak Batang Duri telah mula beroperasi hari ini bagi kemudahan masyarakat Daerah Temburong.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, BSM menjelaskan bahawa stesen baharu itu terletak di Kampung Semamang, Mukim Bangar dan menawarkan minyak Diesel dan Premium untuk para pelanggannya.

    Sehubungan itu, sebagai rakan kongsi mobiliti yang dipercayai dan komited, BSM terus berkhidmat untuk negara dengan sentiasa berinovasi dan memastikan bekalan berterusan produk BSM dan dengan mengembangkan rangkaiannya.

    Dengan pembukaan stesen baharu itu, sebanyak 37 stesen minyak kini beroperasi di seluruh negara dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan BSM.

    Pelanggan mengisi petrol kereta di Stesen Minyak Batang Duri yang mula beroperasi kelmarin. – Gambar serahan BSM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...