Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Stesen Minyak Kampung Buang Sakar dirasmi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), hari ini, telah membuka rasmi Stesen Minyak kampung Buang Sakar.

    Majlis perasmian dihadiri oleh Menteri Tenaga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSM, di sini.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Tenaga, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw; Setiausaha Tetap di Kementerian Tenaga, Haji Azhar bin Haji Yahya; Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Tenaga, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra dan Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

    Dalam kata alu-aluannya, Awang Muhammad Norshafiee berkata, rancangan untuk membina sebuah stesen minyak yang baharu bagi komuniti di Kampong Ayer telah bermula pada 2015 di mana pada mulanya lebih 10 tapak telah dikenal pasti sebagai tapak yang berpotensi untuk membina stesen minyak perairan.

    Beliau menyatakan lagi bahawa setelah dianalisis dengan terperinci dan perbincangan bersama pihak-pihak berkepentingan, Kampung Buang Sakar telah dikenal pasti sebagai tempat yang paling sesuai di kawasan perairan Sungai Brunei.

    Yang Berhormat Menteri Tenaga bersama para hadirin semasa sesi bergambar ramai pada majlis perasmian stesen minyak baharu di perairan Kampung Buang Sakar. – Gambar serahan BSM

    Projek pembinaan stesen minyak itu bermula pada 2020 dan mula beroperasi pada 1 November 2021, tambah beliau.

    Dengan pembukaan stesen minyak berkenaan dan Stesen Minyak Seri Chermin yang sedia ada di Kampung Sungai Besar, ia akan dapat menampung keperluan minyak bagi kemudahan mobiliti komuniti di Kampong Ayer.

    Beliau berkata, matlamat utama pembinaan stesen minyak berkenaan ialah untuk membekalkan minyak bagi orang ramai terutama sekali penduduk, pengendali bot-bot teksi dan juga para nelayan.

    “Dengan adanya stesen yang dibina oleh BSM di perairan Brunei ini, orang ramai akan lebih merasa yakin akan kualiti minyak yang dijual dan juga aspek-aspek keselamatan yang ada ketika pengisian minyak di stesen ini,” ujarnya.

    Stesen Minyak kampung Buang Sakar yang dibuka setiap hari itu mempunyai 100 peratus pekerja tempatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...