Steve Cook ucap terima kasih kepada paramedik

LONDON, 4 MEI – Pemain pertahanan Nottingham Forest, Steve Cook mengucapkan terima kasih kepada paramedik kerana menyelamatkan nyawa bapanya sejurus sebelum perlawanan kelayakan Liga Kejohanan menentang bekas kelabnya Bournemouth.

Pasukan tuan rumah menang 1-0 kelmarin untuk memastikan kembali ke Liga Perdana dengan pemain gantian Kieffer Moore menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-83.

Sejurus selepas itu, bekas kapten Bournemouth Cook, 31, menulis dalam laman Twitter: “Pertama sekali, tahniah kepada @afcbournemouth atas kemenangan penting.

“Tetapi malam ini saya perlu berterima kasih kepada paramedik pada perlawanan itu.

“Malangnya ayah saya mengalami serangan jantung sejurus sebelum perlawanan dan mereka berjaya menyelamatkannya.

“Saya akan selamanya berterima kasih atas tindakan mereka,” kata pemain pertahanan Forest itu.

Bornemouth kemudian membalas dengan mengucapkan: “Doa buat kamu, Cook. Semoga ayah awda cepat sembuh.”

Cook, kembali ke Stadium Vitality buat kali pertama sejak berpindah pada Januari, digantikan pada minit ke-84.

Pasukan yang diwakilinya Forest, yang memerlukan kemenangan untuk memintas The Cherries dalam carta liga untuk menamatkan penantian 23 tahun kembali ke Liga Perdana. – AFP

Steve Cook berterima kasih kepada pasukan paramedik yang cekap bertindak ketika insiden tersebut berlaku. – Agensi