Steven Hao hidup susah sampai berhenti belajar

Lama tak dengar khabar pelakon berasal dari Taiwan, Steven Hao yang popular sebagai bintang cilik menerusi filem Shaolin Popey pada tahun 1994.

Steven mula mencipta nama sejak berusia tiga tahun dan lakonannya dalam beberapa filem aksi kung fu menerima sambutan hebat penonton seluruh dunia. Berkongsi perkembangan terkini, penampilan pemuda berusia 31 tahun ini mencuri tumpuan peminat yang tidak menyangka dia sudah melangkah ke alam dewasa.

Menerusi laman sosial, Steven kerap memuat naik foto aktiviti dan kehidupan hariannya untuk tatapan pengikut.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Steven pernah hidup susah sehingga terpaksa menjual ais krim bagi menampung kehidupan.

Dia juga mengambil keputusan berhenti pengajian di universiti kerana tidak berminat untuk meneruskan pelajaran pada tahun 2014. Bagaimanapun berita itu tidak disahkan oleh pelakon ini kerana dia menghilang diri daripada industri seni hinggalah Steven kembali menerima tawaran drama bersiri pada tahun 2009.

Meskipun tidak membawa watak utama, namun beberapa filem lakonan Steven masih menerima sambutan hebat antaranya You Are The Apple Of My Eye dan Never Gone.

Steven Hao sebelum ini popular sebagai pelakon cilik membawa watak kanak-kanak yang hebat berkungfu. – Agensi

Watak Steven Hao semasa menjadi pelakon cilik masih diingati peminat. – Agensi