Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    STJ PGGMB KB bersiap hadapi kecemasan kebakaran

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 8 OGOS – Seramai 14 guru dan kakitangan Sekolah Tunas Jaya Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei Kuala Belait (STJ PGGMB KB) telah mengikuti Kursus Lifesaver 995  yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 8 Ogos lalu.

    Dengan bimbingan pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei (BFRD) yang diketuai oleh Ketua Unit Perhubungan Awam Operasi cawangan ‘B’, SO Sarkawi bin Bakar, guru-guru dan kakitangan yang mengambil bahagian dalam kursus itu mempelajari asas-asas keselamatan kebakaran.

    Pengisian kursus tersebut termasuk sesi teori dan praktikal di mana mereka diberi taklimat tentang sebab dan punca kebakaran, memahami tindakan yang diambil semasa menjalankan latihan mengosongkan bangunan, teknik pemadaman api yang betul serta pendekatan teknik survival jika terperangkap dalam bangunan semasa kebakaran.

    Antara pengisian dan aktiviti dalam kurus berkenaan.

    Pihak sekolah berharap kursus ini dapat memberi kesedaran tentang bahaya kebakaran, memastikan panduan yang betul dalam menggunakan alat pemadam api dan selimut api, mengajar cara menjalankan rutin kebakaran dan juga meminimumkan risiko kemalangan berkaitan kebakaran.

    Gambar ramai antara guru, kakitangan dan pegawai BFRD semasa kursus berkenaan. – GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB KB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda