Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    STKB muncul juara liga sepak takraw Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 19 SEPT – Dalam pertarungan sengit antara dua pasukan teratas, ST Kuala Belait (STKB) muncul juara pada perlawanan akhir menentang pasukan Gabungan Bro A di Liga Sepak Takraw Belait 2022.

    Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Belait, yang berlangsung pada 11 September lalu di dewan serba guna Kompleks Sukan Mumong, di mana 15 pasukan berentap antara satu sama lain untuk melayakkan diri ke suku akhir.

    Daripada 15 pasukan yang berentap, lapan pasukan telah berjaya mara ke suku akhir diikuti separuh akhir, dan peringkat akhir, diadakan kelmarin di dewan yang sama.

    Hadir menyaksikan beberapa perlawanan akhir liga yang berlangsung pada hari itu ialah Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Haji Mohammad Marriswandi bin Haji Omar selaku tetamu kehormat, yang dialu-alukan oleh pengerusi bersama liga Haji Norali bin Ahmed Juni.

    Turut hadir, Ketua Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait, Awang Mohd Shah Johan bin Haji Shari, serta ahli jawatankuasa dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait.

    Ketika lapan pasukan bersaing di suku akhir dan separuh akhir dalam format penyingkiran, dua pasukan muncul sebagai pencabar utama untuk merebut gelaran juara, iaitu STKB dan Gabungan Bro A.

    Hadiah termasuk pingat dan wang tunai diserahkan kepada tiga pemenang terbaik liga. Selain itu, STKB turut menerima trofi juara kerana menduduki tempat pertama keseluruhan liga yang telah diserahkan oleh tetamu kehormat pada penghujung liga.

    Tetamu kehormat bergambar bersama pemenang semasa kejohanan Liga Sepak Takraw Belait 2022 yang berlangsung di dewan serba guna Kompleks Sukan Mumong, Belait, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...