Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stok bekalan darah di tahap rendah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan tabung-tabung darah di kesemua hospital daerah memerlukan dengan segera penderma darah bagi semua jenis darah.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan kepada orang ramai bahawa stok darah pada masa ini di tahap yang sangat rendah berbanding keperluan untuk pemindahan darah. Oleh itu, Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai untuk datang menderma darah bagi sama-sama membantu usaha Pusat Pendermaan Darah dalam meningkatkan stok bekalan darah di Negara Brunei Darussalam.

    Orang ramai boleh berkunjung ke Pusat Pendermaan Darah atau tabung-tabung darah yang berdekatan untuk menderma darah di mana bagi mereka yang ingin mengunjungi Pusat Pendermaan Darah, tempahan slot melalui aplikasi BloodKad adalah sangat digalakkan.

    Kenyataan menyatakan bahawa waktu operasi bagi perkhidmatan pendermaan darah di Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS ialah Isnin hingga Khamis dan Sabtu, pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang manakala itu, Tabung Darah, Hospital Suri Seri Begawan, Belait pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang.

    Tabung Darah, Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong pula dibuka Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda