Stok minyak sawit M’sia susut

KUALA LUMPUR, 10 SEPT – Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Ogos 2019 turun 5.31 peratus kepada 2.25 juta tan metrik berbanding 2.38 juta tan metrik pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB dalam kenyataan berkata stok minyak sawit mentah (MSM) susut 3.55 peratus kepada 1.29 juta tan metrik daripada 1.34 juta tan metrik sementara stok minyak sawit diproses berkurangan 7.57 peratus kepada 961,266 juta tan metrik daripada 1.04 juta tan metrik sebelumnya.

Agensi itu juga berkata pengeluaran MSM meningkat 4.64 peratus peratus kepada 1.82 tan juta metrik berbanding 1.74 tan metrik pada Julai.  Pengeluaran isirung sawit naik 8.31 peratus kepada 446,625 tan metrik daripada 412,353 tan metrik. – Bernama