Oleh Sim Y.H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Seramai 11 orang anggota bomba dan dua buah jentera diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai, Haji Musa dikejarkan ke insiden kebakaran rumah yang meranapkan bilik stornya di kawasan Kampung Tanjong Maya Tutong, hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), apabila tiba di tempat panggilan didapati sebuah bilik stor di dalam rumah berkenaan telah terbakar dan asap tebal telah memenuhi bilik berkenaan.
Anggota bomba segera bertindak dengan sebuah pasukan memakai alat pernafasan dan memadam menggunakan satu aliran hos. Air diperolehi dari pili-pili bomba yang berdekatan relay ke jentera.
Setakat ini, punca kebakaran dan kerugian masih dalam penyiasatan dan tiada korban jiwa dilaporkan.