Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Stor simpan barang jualan terbakar

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Dua unit stor tempat penyimpanan barang jualan mengalami kerosakan dalam insiden kebakaran di Kampung Katok pada 19 Jun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), hari ini, seramai 14 orang anggota dari Balai Bomba Beribi, Cawangan Operasi A dan bantuan daripada Balai Bomba Rimba, Cawangan Operasi C yang diketuai oleh ASO Azami bin Haji Bungsu, telah dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 4:35 petang.

    Pegawai bomba yang hadir di tempat kejadian ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi A, Pemangku SSFR Pengiran Haji Asmali bin Pengiran Haji Ahmad dan Stesen Komander Balai Bomba Beribi, ASFR Mohd Saifuddin bin Abdullah.

    Menurut JBP, kebakaran melibatkan dua unit stor tempat penyimpanan stok barang jualan berukuran 15 meter x 10 meter di tingkat satu bangunan dan keseluruhannya diperbuat daripada konkrit dengan api berjaya dikawal daripada merebak dalam masa 15 minit.

    JBP menyatakan punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak ada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut.

    Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk memastikan rumah mereka dilengkapi dengan alat pemadam api ABC mudah alih jenis debu kering dan selimut api, menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan bangunan serta memastikan penyimpanan bahan-bahan yang mudah terbakar di tempat yang lebih teratur dan kebersihan di kawasan bekas sisa-sisa bahan bahaya.

    JBP turut menyatakan jabatan itu ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang ramai juga disarankan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Dua buah unit stor tempat penyimpanan barang jualan di Kampung Katok terbakar pada keja-dian 19 Jun lalu.
    ATAS & BAWAH: Dua buah unit stor tempat penyimpanan barang jualan mengalami kerosakan dalam insiden kebakaran di Kampung Katok pada 19 Jun lalu.

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...