Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Stor simpanan musnah terbakar

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Sebuah stor penyimpanan baja tanaman dan pasu plastik musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Masin pada 15 Februari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 10 orang anggota dari Balai Bomba Pengkalan Batu, Cawangan Operasi F dan Balai Bomba Beribi, Cawangan Operasi A (bantuan) yang diketuai oleh ASO Haji Aedanan bin Haji Kurus, dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 11:42 pagi.

    Kenyataan menyatakan bahawa sebaik tiba, api besar telah membakar keseluruhan stor berkenaan yang berkeluasan kira-kira 15 meter lebar dan 30 meter panjang.

    Anggota bomba segera memakai set alat pernafasan dan bertindak memadamkan kebakaran berkenaan di mana api dapat dikawal daripada merebak. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

    JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering dua kilogram dan selimut api, memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah, jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas supaya memastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan serta memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Orang ramai juga disarankan jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat sedang memadamkan kebakaran yang memusnahkan sebuah stor penyimpanan baja tanaman dan pasu plastik di Kampung Masin pada 15 Februari lalu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...