STPRI anjur hari penghargaan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), hari ini, telah mengadakan Hari Penghargaan STPRI STARS yang berlangsung di Arena Puteri dan Dewan Puteri sekolah berkenaan.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pelajar ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Saidah binti Abdul Wahid, selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis turut menyaksikan pameran dan aktiviti daripada kelab-kelab CCA pelajar sekolah berkenaan di Arena Puteri dan seterusnya penyampaian sijil penghargaan bagi pemenang perlawanan merintis (orienteering) dan perlawanan bola jaring.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan gulingtangan oleh Citra Gema Puteri diikuti dengan persembahan daripada kelab tarian tradisional seterusnya persembahan pelajar dari Kelab Karate-Do.

Acara kemuncak adalah pengumuman Pelajar Mujtahidah STPRI 2019 kepada yang diterima oleh Dayang Evy Akmal Aqillah binti Haji Salahuddin @Vivy Karmila manakala itu, anugerah Pelajar Nasyitah 2019 dimenangi oleh Dayang Rabiatul Nadzirah binti Radzuan dan Rumah Ruby diumumkan sebagai juara setelah berjaya mengumpul mata tertinggi.

Dayang Evy Akmal Aqillah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Mujtahidah STPRI 2019.
Antara aktiviti dan pameran dari Kelab CCA pelajar sekolah STPRI memeriahkan hari penghargaan CCA mereka.