Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    StraitsKitchen tawar hidangan istimewa berbuka puasa

    SINGAPURA, 28 Mei – Sempena bulan Ramadan ini, StraitsKitchen, sebuah restoran terkemuka yang terletak di Grand Hyatt Singapura turut tidak ketinggalan untuk menawarkan Bufet Makan Malam Iftar sehingga Jun nanti.

    Bukan itu saja, restoran berkenaan turut menampilkan masakan tradisional yang hanya disediakan untuk bulan istimewa ini sahaja termasuk Baklava yang diperbuat daripada pastri Filo, kacang campur dan sirap Arab, Basbousa yang disediakan dengan tepung Semolina, minyak sapi, kacang hazel dan gula, Kelapa Ladida dan pilihan sirap Arab Kasih Halva.

    Bagaimanapun, sajian utama adalah Bazar Kurma StraitsKitchen yang akan memaparkan pelbagai jenis kurma lembut, lembap dan masak sepenuhnya, seperti Ajwa, Mabroum, Sukkary Al Qasim dari Arab Saudi, Degleet Nour dari Tunisia, Amary dari Mesir, Medjoul dari Palestin atau Afrika Selatan serta kuma madu yang diisi dengan kacang panggang dan buah kering.

    Restoran itu juga memperkenalkan masakan lain termasuk ayam, kambing dan daging panggang Arab, kaki kambing berempah Arab Ouzi yang direneh dan disajikan dengan nasi kacang Timur, pelbagai mezzeh dan roti buatan sendiri serta pelbagai pilihan masakan Cina, India, Melayu dan Peranakan yang ditukar setiap empat hari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda