Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Strategi Regragui jerat Sepanyol

    DOHA, 7 DIS – Jurulatih Maghribi, Walid Regragui berkata rancangan beliau ialah untuk membenarkan Sepanyol mendominasi bola semasa skuad kendaliannya menang dalam pusingan penentuan sepakan penalti yang penuh dramatik, kelmarin.

    Kemenangan tersebut membawa negara Afrika itu ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah, dan memadam rekod terbaik mereka pada tahun 1986 yang mara setakat peringkat 16 terakhir.

    Maghribi menang 3-0 dalam sepakan penalti selepas terikat 0-0 di Stadium Kota Pendidikan, Qatar.

    Sepanyol mendominasi kawalan bola semasa perlawanan namun pertahanan teguh Maghribi menghalang kemaraan La Roja.

    “Kami telah bersetuju untuk tidak melepaskan kawalan bola – bukan kerana takut,” kata Regragui. “Kami sangat merendah diri untuk mengatakan kami bukanlah Perancis, Jerman, mahupun England untuk bersaing dengan Sepanyol dari segi penguasaan bola.

    Ketua Jurulatih Maghribi, Walid Regragui dijulang selepas berjaya membawa pasukannya mara ke peringkat seterusnya dalam perlawanan menentang Sepanyol di Stadium Kota Pendidikan, Ar-Rayyan, Qatar, kelmarin. – AP

    “Tiada siapa yang mampu mendapatkan bola daripada mereka. Jadi, saya terima hakikat yang kami takkan dapat mencuri bola itu. Kami bukannya ahli magis.”

    Regragui berkata pasukannya bekerja keras selama empat hari untuk menjayakan pelan permainan ini yang mengurangkan impak asakan pemain tengah Sepanyol iaitu Sergio Busquets, Pedri and Gavi.

    “Kami menghalang kemaraan mereka selama 120 minit, kami tahu kami akan mempunyai peluang,” katanya.

    “Kami tidak tahu bagaimana mahu menghukum mereka. Pelan permainan kami telah dijalankan sebaik mungkin, kami mendapat penalti, yang datang dengan loteri.

    “Namun, apabila awda mempunyai seorang penjaga gol (yang sangat hebat), awda tahu awda mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya.”

    Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou menafikan sepakan penalti Carlos Soler dan Sergio Busquets, manakala cubaan Pablo Sarabia terkena tiang.

    Achraf Hakimi, yang dilahirkan di Madrid, menjaringkan gol kemenangan untuk Maghribi, sekali gus menyambung ‘kisah dongeng’ mereka di Qatar.

    Pasukan Afrika Utara itu berada di persada kumpulan F, menewaskan Belgium dan Kanada, walaupun seri dengan Croatia. Mereka hanya dibolosi satu kali sahaja dalam empat perlawanan.

    “Sejak memulakan kempen Piala Dunia ini, kami bermain dengan pasukan yang bukan berada pada tahap 100 peratus, inilah yang menjadikan situasi kami lebih bermakna.

    “Tahniah kepada semua pemain, mereka telah melakukan perkara yang luar biasa,” puji Regragui. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...