ROM, 3 Mei – Pemain tengah Roma, Kevin Strootman telah menerima penggantungan dua perlawanan kerana sengaja menjatuhkan diri selepas memenangi penalti kontrover dalam kekalahan 3-1 kepada Lazio.
Pemain antarabangsa Belanda itu mendapatkan penalti bagi pasukannya di akhir separuh masa pertama, tetapi ulang tayang televisyen dengan pantas menunjukkan bahawa tidak ada sentuhan antara Strootman dan pemain pertahanan Lazio, Wallace.
Badan disiplin liga Itali berkata bahawa Strootman dihukum kerana ‘tingkah laku tiada semangat kesukanan yang serius’, dengan pemain berusia 27 tahun itu terlepas dua perlawanan seterusnya menentang AC Milan dan Juventus.
Kekalahan Roma kepada Lazio telah menyebabkan mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Juventus, dengan baki empat perlawanan, sementara Napoli yang berada di tangga ketika bergerak satu mata di belakang Roma kendalian Luciano Spalletti. – AFP