Sturridge bikin onar

LONDON, 19 JULAI – Bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge (gambar bawah) didenda dan digantung selama enam minggu kerana melanggar peraturan pertaruhan, umum Persatuan Bolasepak Inggeris (FA), hari ini.

Suruhanjaya Kawal Selia Bebas mendapati Sturridge, 29, dan beraksi 26 kali untuk England mengarahkan abangnya untuk membuat pertaruhan kemungkinan perpindahannya ke Sevilla semasa jendela perpindahan Januari 2018.

Suruhanjaya itu menggantung Sturridge daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak domestik selama enam minggu, dengan penggantungan lanjutan selama empat minggu berserta denda 75,000 pound. Sembilan daripada 11 pertuduhan membabitkan pemain itu begitupun digugurkan dan dia bebas untuk meneruskan kariernya pada 31 Julai, sebelum musim baharu Liga Perdana membuka tirainya.

FA begitupun berkata hukuman itu sepatutnya lebih berat dan rayuan terhadapnya mungkin dilakukan. – AFP