Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 3 Mei – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Israk dan Mikraj, Sekolah Ugama (SU) Sengkarai Tutong telah mengadakan ceramah khas sempena Israk dan Mikraj, di sekolah berkenaan, baru-baru ini.
Ceramah disampaikan oleh pegawai dari Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Abdurrahman bin Haji Ajak.
Hadir pada majlis itu ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Hajah Siti Arbi binti Haji Libut, guru-guru dan seramai 262 orang pelajar dari Darjah Pra hingga Darjah 6.
Antara inti pati ceramah yang disampaikan ialah perintah wajib menunaikan solat lima waktu dengan menekankan betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam.
Selain itu, ia juga menyentuh mengenai peristiwa-peristiwa Israk dan Mikraj serta menghayati pengajaran yang terdapat dalam peristiwa tersebut. Ceramah khas itu kemudian dimeriahkan lagi dengan sesi Kuiz Israk dan Mikraj bagi para pelajar.

